Menetap di Hilir Melaka Parameswara

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya.[7] Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana.[8] Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar. [9] Di sinilah baginda menetap. [10][11]